Assalamualaikum wbt... Terima Kasih kerana mengunjungi website Pusat Pengajian AL MUFID

Selasa, 29 November 2016


Daurah Ilmu Tajwid Siri 2 2016 anjuran Pusat Pengajian AL MUFID merupakan kesinambungan kepada Daurah Ilmu Tajwid Siri 1 2016 yang telah dilangsungkan di Terengganu Equestrian Resort (TER) pada 13 Ogos baru-baru ini. Daurah Siri 2 kali ini diadakan di Dewan Berlian, Hotel Permai Inn pada 26 November 2016.

Program yang bermula daripada jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang ini telah dihadiri oleh 93 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pengisian program oleh Dr. Tawfiq Ibrahim Dhamrah ini dibantu oleh Ustaz Mahadi Mohamad, Ustaz Subhi Hussein dan Dr. Azizul Hassan melancarkan lagi perjalanan program ini. Slot pertama dimulai dengan bacaan matan Muqaddimah Jazariyyah sehingga Bab Sifat Huruf. Kemudian diteruskan dengan penerangan Bab Sifat Huruf dan diakhiri dengan sesi soal jawab berkaitan permasalahan dalam ilmu Tajwid. Sambutan yang sangat memberangsangkan terhadap daurah kali ini membuktikan kecaknaan masyarakat dalam mendalami ilmu Al-Quran. 

 Di akhir program, para peserta diijazahkan dengan sanad al-Muqaddimah al-Jazariyyah, Musalsal Bil Mahabbah, Surah al-Asr dan sijil penyertaan.

Terima kasih kepada tenaga kerja Pusat Pengajian AL MUFID yang bertungkus lumus menjayakan daurah ini serta semua peserta yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga ke saat akhir program. Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada perkongsian yang sedikit ini. Tahniah untuk semua..


 Gambar yang sempat diambil sepanjang program berlangsung

 
Ucapan alu-aluan oleh Ketua Eksekutif Pusat Pengajian AL MUFID, Dr. Azizul bin Hassan 

 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan