Assalamualaikum wbt... Terima Kasih kerana mengunjungi website Pusat Pengajian AL MUFID

Selasa, 29 Oktober 2019

Seminar al-Quran Ghunnah : Antara Amalan Dan kekeliruan































Alhamdulillah, Mendapat respon yang sangat baik dari warga kuantan, perbincangan yang menarik, soalan-soalan yang diajukan mendapat penjelasan yang tepat dan jelas. Terima kasih warga kuantan yang menyertai Program kali ini, Inshaalah kita jumpa pada program Kembara Quraniy bersama syeikh adnan pada masa akan datang Inshaalah.

Jumpa Anda nanti..

Rabu, 16 Oktober 2019

TINTA KETUA EKSEKUTIF AL MUFID SIRI 2

SURAH AL-MUJADILAH ATAU AL-MUJADALAH?
SURAH AL-MUMTAHANAH ATAU AL-MUMTAHINAH?
Soalan diajukan kepada 'ambe' berkenaan nama bagi dua surah tersebut... Nak baca baris bawah atau atas?
Secara umum, kedua-dua sebutan adalah terpakai kerana itu dalam mushaf Huruf Dal pada Surah Al-Mujadilah tidak dibariskan, dan begitu juga huruf Ha pada Surah Al-Mumtahinah... (Rujuk Gambar)...
Namun, yang lebih tepat pada pandangan saya adalah kedua-dua Surah tersebut dibaca baris bawah pada huruf Dal dan Ha... Dalilnya adalah:
1- Surah Al-Mujadilah diisyaratkan melalui ayat:
{تُجَادِلُكَ } [المجادلة: 1]
Baris bawah pada huruf Dal.
2- Surah Al-Mumtahinah diisyaratkan melalui ayat:
{فَامْتَحِنُوهُنَّ } [الممتحنة: 10]
Baris bawah pada huruf Ha...


No photo description available.
No photo description available.

Wallahu 'Alam.


TINTA KETUA EKSEKUTIF AL MUFID SIRI 1

WAQAF PADA (كلا)
Maaf pada yang bertanya tentang waqaf (كلا) pada Surah Al-Alaq ayat 18-19 kerana terlambat respon:
(سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِیَةَ) (كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡ وَٱقۡتَرِب ۩)
Sebelum fokus kepada ayat yang ditanya, suka saya jelaskan secara umum tentang waqaf pada (كلا)... Ia sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Al-Jazariy melalui karyanya Al-Tamhid bahawa beliau mendapati ada tiga pandangan dalam hal ini selepas bertalaqqi dengan guru-guru beliau:
1- Diharuskan mewaqafkan (كلا) pada semua tempat dalam Al-Quran melalui jalur guru beliau Ibnu Al-Sallar... Hujahannya kerana (كلا) bermaksud tegahan atau ancaman (الردع والرجز).
2- Dilarang mewaqafkan (كلا) pada semua tempat dalam Al-Quran melalui jalur guru beliau Ibn Al-Jundiy... Hujahannya kerana (كلا) bermaksud peringatan (تنبيه).
3- Sebahagian tempat diwaqafkan dan sebahagian tempat dilarang... Ia bergantung kepada makna ayat... Pendapat ini merupakan pandangan semisal Imam Makkiy, Al-Daniy dan lain-lain guru beliau.
Bagi ayat dalam Surah Al-Alaq, Imam Al-Khalijiy memilih untuk tidak mewaqafkan padanya.. Bahkan memulakan bacaan padanya adalah lebih utama...
Kesimpulannya, pembaca boleh memilih sama ada mahu mewaqafkan padanya atau memulakan dengannya kerana kedua-dua cara tersebut ada sandaran melalui talaqqi...
Wallahu 'Alam.
Hasil tulisan dan credit to Ust Dr Azizul Hassan