Assalamualaikum wbt... Terima Kasih kerana mengunjungi website Pusat Pengajian AL MUFID

Jumaat, 22 November 2019

Bermulanya ITTAQU 19

Alhamdulillah..
Program Intensif Tajwid al-Quran secara rasminya bermula pada hari ini. Sesi pendaftaran berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Semoga Kem ITTAQU 19 berjalan dengan lancar!.

Coretan pendaftaran




Sesi Penilaian Tahap Pelajar








Sesi Taklimat Ibu Bapa Pelajar







Inshaallah..moga2 program kali ini memberikan manfaat yang besar buat adik2..
amin..

Ahad, 3 November 2019

Bengkel Al-Fatihah Anjuran Jabatan Oftalmologi dan HMI HSNZ

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, PP AL MUFID telah di jemput untuk mengadakan bengkel Al-Fatihah oleh Jabatan Oftalmologi dan HMI  Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Bengkel ini Membincangkan Surah Al-Fatihah dari segenap konteks dan sudut.

Semoga Bengkel Ini Memberikan impak yang besar kepada kehidupan kalian!.
inshallah.













BENGKEL AL-FATIHAH DI HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH KUALA TERENGGANU

Alhamdulillah, selesai Bengkel Al-Fatihah anjuran HMI Jabatan Oftalmologi dan HMI HSNZ.

Antara kesalahan yang dikesan adalah sebutan huruf yang tidak tepat. Contoh huruf Dal yang sepatutnya di pangkal gigi kacip atas tetapi ditekankan ke tengah lelangit, huruf Sin yang sepatutnya di belakang gigi bawah tetapi diletakkan antara hujung gigi atas dan bawah, huruf Hamzah yang diringankan sebutannya sehingga menjadi seolah-olah sebutan Tashil, Tashdid yang tidak ditekan seolah-olah Tashdid tersebut dihilangkan, serta beberapa kesalahan yang lain.

Kesalahan sebutan huruf adakalanya dikira sebagai kesalahan Khafiy, dan adakalanya boleh berubah menjadi kesalahan Jaliy apabila sebutannya berubah kepada huruf lain.

Untuk mempelajari makhraj huruf secara lebih detail, jom sertai program KEMBARA QURANIY bersama Syeikh Adnan al-Urdhi yang bakal diundang khas daripada Riyadh.