Assalamualaikum wbt... Terima Kasih kerana mengunjungi website Pusat Pengajian AL MUFID

Isnin, 5 Februari 2018

PROGRAM RAUDHATUL QURAN


PERMOHONAN PROGRAM RAUDHATUL QURAN ANJURAN PUSAT ISLAM SULTAN MAHMUD UMT DENGAN KERJASAMA PUSAT PENGAJIAN AL MUFID KINI DIBUKA!!!

Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT dengan kerjasama Pusat Pengajian AL MUFID menawarkan kelas pengajian Al-Quran untuk semua warga UMT dan masyarakat setempat.

Program ini dinamakan sebagai 'Raudhatul Quran' ditubuhkan pada Januari 2018 dengan usaha menyediakan kelas-kelas asas Al-Quran yang menggabungkan kepakaran daripada Pusat Pengajian AL MUFID.

Pada peringkat permulaan program ini menawarkan 3 program iaitu kelas IQRA', PRA TAJWID & TAJWID.

Tujuan utama Program ini diwujudkan adalah untuk membudayakan Al-Quran dalam kalangan warga UMT khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Semoga usaha yang dilaksanakan ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan mendapat keberkatan daripada Allah Swt.

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas PROGRAM RAUDHATUL QURAN bolehlah mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT atau memohon SECARA ONLINE dengan klik icon di bawah:

 PERMOHONAN AL MUFID 2018
KLIK DISINI

 
"PENGAJIAN AL-QURAN SEPANJANG HAYAT, KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT"