Assalamualaikum wbt... Terima Kasih kerana mengunjungi website Pusat Pengajian AL MUFID

PENGENALAN

Pusat Pengajian AL MUFID ditubuhkan untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menyampaikan ilmu al-Quran kepada masyarakat. Ia di bawah kelolaan AL MUFID ENTERPRISE dan diuruskan oleh beberapa orang tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang al-Quran, Qiraat, Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab. Sesi pembelajaran telah bermula sejak tahun 2014 dan pengajian diadakan di Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu dengan 9 kelas pengajian. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan modul khusus yang disediakan oleh tenaga pengajar Pusat Pengajian AL MUFID sendiri.
 

Bagi tahun 2015 Pusat Pengajian Al Mufid telah menambah kelas pengajian kepada 21 kelas iaitu 18 kelas di Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu manakala 3 kelas dibuka di Dungun. Sehingga kini, jumlah pelajar di Pusat Pengajian Al Mufid kini mencapai 230 orang yang terdiri daripada pelajar IQRA', Pra Tajwid, Tajwid, Pra Sanad, Talaqqi Bersanad, Bahasa Arab, Tafsir, Hadith dan Talaqqi Matan Tajwid.
 

Pada awal tahun 2017, satu lagi cawangan telah dibuka di Gong Badak.

Pada Ogos 2018, pengurusan AL MUFID telah bersepakat untuk memindahkan kesemua operasi kerja AL MUFID ke bangunan baru yang bertempat di Kampung Padang Midin. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah kelas yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan pemancar LCD, dewan seminar, pejabat, ruang legar, surau serta ruang parking.

Pihak kami juga sangat mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada semua pihak, demi memartabatkan lagi pusat pengajian al-Quran, sekaligus mengembangkan lagi ilmu-ilmu al-Quran. Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun  130 530 1000 7667 (Bank Islam Malaysia Berhad) atas nama TETUAN AL MUFID ENTERPRISE.


Diharapkan Pusat Pengajian AL MUFID ini dapat memenuhi kehendak masyarakat dalam mempelajari dan mendalami ilmu al-Quran. Semoga usaha murni ini sentiasa mendapat pertolongan dan redhaNYA..  

TEMA
          "Pengajian Al-Quran Sepanjang Hayat"

M I S I
         "Melahirkan Masyarakat Yang Celik Al-Quran"

O B J E K T I F

  • Memupuk kesedaran masyarakat terhadap pengajian al-Quran.

  • Menyampaikan ilmu yang berkaitan al-Quran secara progresif dan sistematik.

  • Melahirkan golongan yang berkemahiran dalam bidang al-Quran.

SASARAN 

  • Masyarakat setempat (dewasa) yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai minat serta komitmen yang tinggi dalam mempelajari ilmu-ilmu al-Quran dan Bahasa Arab.



1 ulasan: