Assalamualaikum wbt... Terima Kasih kerana mengunjungi website Pusat Pengajian AL MUFID

Isnin, 28 November 2016

BUAT JULUNG KALINYA Pusat Pengajian AL MUFID mengadakan program Talaqqi Surah-Surah Pilihan dan mendapat sambutan yang sangat positif. Penyertaan seramai 61 orang yang bermula 21 November ini membuktikan kesungguhan masyarakat kita dalam memperbetulkan bacaan secara praktikal tanpa mengenal perasaan segan dan malu.

Bagi memastikan tumpuan penuh dapat diberikan kepada peserta, mereka telah dibahagikan kepada 13 kumpulan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Program ini dikendalikan oleh Syeikh Munzir al-'Aliy dan Syeikh Dr. Tawfiq Ibrahim Dhamrah. Program ini memberi penekanan kepada aspek kelancaran bacaan, penguasaan hukum Tajwid dan penguasaan Makhraj Huruf.

Program talaqqi ini telah berakhir dengan jayanya pada 25 November. Terima kasih kepada Lajnah Pusat Pengajian AL MUFID, para peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi memartabatkan ilmu al-Quran.


 Sekitar sesi program talaqqi berlangsung


Tenaga Pengajar Pusat Pengajian AL MUFID juga tidak melepaskan peluang untuk bertalaqqi dengan syeikh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan