Assalamualaikum wbt... Terima Kasih kerana mengunjungi website Pusat Pengajian AL MUFID

Khamis, 1 Disember 2016

PERMOHONAN PENGAJIAN SESI 2017

Assalamualaikum wbt...

Pusat Pengajian AL MUFID Pengadang Baru, Dungun dan Gong Badak



PERMOHONAN KELAS PENGAJIAN AL-QURAN DI PUSAT PENGAJIAN AL MUFID BAGI TAHUN 2018 KINI DIBUKA!!!

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas Pengajian al-Quran dan Pengajian Islam bolehlah mengisi borang permohonan di atas talian dengan klik icon di bawah:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScDDZ9M5CeYYXgUJ246V6PknOcHwdcVQ_sDitMz6Egs2DJT7A/viewform

"PENGAJIAN AL-QURAN SEPANJANG HAYAT"

Selasa, 29 November 2016


Daurah Ilmu Tajwid Siri 2 2016 anjuran Pusat Pengajian AL MUFID merupakan kesinambungan kepada Daurah Ilmu Tajwid Siri 1 2016 yang telah dilangsungkan di Terengganu Equestrian Resort (TER) pada 13 Ogos baru-baru ini. Daurah Siri 2 kali ini diadakan di Dewan Berlian, Hotel Permai Inn pada 26 November 2016.

Program yang bermula daripada jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang ini telah dihadiri oleh 93 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pengisian program oleh Dr. Tawfiq Ibrahim Dhamrah ini dibantu oleh Ustaz Mahadi Mohamad, Ustaz Subhi Hussein dan Dr. Azizul Hassan melancarkan lagi perjalanan program ini. Slot pertama dimulai dengan bacaan matan Muqaddimah Jazariyyah sehingga Bab Sifat Huruf. Kemudian diteruskan dengan penerangan Bab Sifat Huruf dan diakhiri dengan sesi soal jawab berkaitan permasalahan dalam ilmu Tajwid. Sambutan yang sangat memberangsangkan terhadap daurah kali ini membuktikan kecaknaan masyarakat dalam mendalami ilmu Al-Quran. 

 Di akhir program, para peserta diijazahkan dengan sanad al-Muqaddimah al-Jazariyyah, Musalsal Bil Mahabbah, Surah al-Asr dan sijil penyertaan.

Terima kasih kepada tenaga kerja Pusat Pengajian AL MUFID yang bertungkus lumus menjayakan daurah ini serta semua peserta yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga ke saat akhir program. Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada perkongsian yang sedikit ini. Tahniah untuk semua..


 Gambar yang sempat diambil sepanjang program berlangsung

 
Ucapan alu-aluan oleh Ketua Eksekutif Pusat Pengajian AL MUFID, Dr. Azizul bin Hassan 

 












Isnin, 28 November 2016

BUAT JULUNG KALINYA Pusat Pengajian AL MUFID mengadakan program Talaqqi Surah-Surah Pilihan dan mendapat sambutan yang sangat positif. Penyertaan seramai 61 orang yang bermula 21 November ini membuktikan kesungguhan masyarakat kita dalam memperbetulkan bacaan secara praktikal tanpa mengenal perasaan segan dan malu.

Bagi memastikan tumpuan penuh dapat diberikan kepada peserta, mereka telah dibahagikan kepada 13 kumpulan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Program ini dikendalikan oleh Syeikh Munzir al-'Aliy dan Syeikh Dr. Tawfiq Ibrahim Dhamrah. Program ini memberi penekanan kepada aspek kelancaran bacaan, penguasaan hukum Tajwid dan penguasaan Makhraj Huruf.

Program talaqqi ini telah berakhir dengan jayanya pada 25 November. Terima kasih kepada Lajnah Pusat Pengajian AL MUFID, para peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi memartabatkan ilmu al-Quran.


 Sekitar sesi program talaqqi berlangsung


Tenaga Pengajar Pusat Pengajian AL MUFID juga tidak melepaskan peluang untuk bertalaqqi dengan syeikh.



Khamis, 18 Ogos 2016

DAURAH ILMU TAJWID SIRI 1 2016

 Alhamdulillah..

Berakhir sudah Daurah Ilmu Tajwid Siri 1 anjuran Pusat Pengajian AL MUFID yang dilangsungkan di Terengganu Equestrian Resort (TER) pada hari Sabtu (13/8/2016) bermula jam 8.30 pagi - 1.00 petang.

Program ini dihadiri oleh 250 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sambutan yang sangat memberangsangkan terhadap daurah kali ini membuktikan kecaknaan masyarakat dalam mendalami ilmu Al-Quran. Terima kasih kepada Lajnah Pusat Pengajian AL MUFID yang bertungkus lumus menjayakan daurah ini serta semua peserta yang telah memperlihatkan komitmen yang sepenuhnya sehingga ke saat akhir program berlangsung. Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada perkongsian yang sedikit ini. Tahniah untuk semua...