Pusat Pengajian Al Mufid menawarkan
kursus-kursus berkaitan Pengajian al-Quran dan Pengajian Islam. Antara kursus
yang akan ditawarkan bagi pendaftaran tahun 2018 ialah:
1. IQRA'
2. Pra
Tajwid
3. Tajwid
4. Pra Sanad
5. Talaqqi al-Quran Bersanad
6. Qiraat Ibn Kathir
7. Talaqqi Matan Tajwid
8. Bahasa Arab
9. Tafsir
10. Fiqh*
3. Tajwid
4. Pra Sanad
5. Talaqqi al-Quran Bersanad
6. Qiraat Ibn Kathir
7. Talaqqi Matan Tajwid
8. Bahasa Arab
9. Tafsir
10. Fiqh*
MAKLUMAT KURSUS
* Kursus Baharu
Nama Kursus
|
IQRA’
|
Pengenalan Kursus
|
Kursus
ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang huruf-huruf hija’iyyah dan
cara membunyikan baris bagi huruf-huruf tersebut. Modul yang digunakan adalah
modul khusus yang dinamakan IQRA’ AL-MUFID. Ia merupakan kaedah mempelajari
al-Quran secara berkesan dan menyeluruh.
|
Syarat Kemasukan
|
Minat
untuk membaca al-Quran
|
Tempoh Pengajian
|
1 Tahun
|
Nama Kursus
|
PRA-TAJWID
AL-QURAN
|
Pengenalan Kursus
|
Kursus
ini menekankan aspek pembacaan al-Quran dari sudut kelancaran dengan
memperaktikkan hukum tajwid yang asas iaitu nun mati dan tanwin, mim mati
serta nun dan mim musyaddadah. Penekanan juga diberikan terhadap kadar mad.
Perbincangan dalam kursus ini merangkumi pembacaan al-Quran secara amali
mengikut riwayat Hafs bermula surah al-Fatihah. Jumlah peserta antara 8
hingga 10 orang.
|
Syarat Kemasukan
|
Boleh
membaca kalimah-kalimah al-Quran dan menguasai panjang dan pendek dengan
baik.
|
Tempoh Pengajian
|
1 Tahun
|
Nama Kursus
|
TAJWID
AL-QURAN
|
Pengenalan Kursus
|
Kursus
ini membincangkan tentang pengenalan ilmu Tajwid, makhraj huruf, sifat huruf,
hukum nun dan mim mati, waqf ibtida dan lain-lain. Perbincangan dalam
kursus ini merangkumi:
1)
Penerangan
terhadap ilmu tajwid mengikut topik yang telah disusun.
2)
Pembacaan
al-Quran 30 juzuk secara amali mengikut riwayat Hafs bermula surah
al-Fatihah hingga al-Nas.
|
Syarat Kemasukan
|
Boleh
membaca al-Quran dengan lancar
|
Tempoh Pengajian
|
2 Tahun
|
Nama Kursus
|
PRA-SANAD
|
Pengenalan Kursus
|
Kursus
ini menerangkan tentang bacaan qiraat ‘Asim merangkumi riwayat Hafs mengikut
Toriq Syatibiyyah yang bertujuan untuk melancarkan bacaan sebagai pesediaan
sebelum mengikuti kelas Talaqqi al-Quran Bersanad. Objektif kursus ini adalah:
1)
Melancarkan
bacaan al-Quran dari awal hingga akhir berdasarkan riwayat Hafs secara
talaqqi individu
2)
Menghabiskan
bacaan al-Quran 30 juzuk secara bersemuka
|
Syarat Kemasukan
|
1)
Boleh
membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid
2)
Lulus
temuduga
|
Tempoh Pengajian
|
Fleksibel
|
Nama Kursus
|
TALAQQI AL-QURAN BERSANAD (RIWAYAT
HAFS DAN SYU’BAH)
|
Pengenalan Kursus
|
Kursus
ini menerangkan tentang bacaan Qiraat ‘Asim merangkumi riwayat Hafs dan
Syu’bah mengikut Toriq Syatibiyyah. Perbincangan dalam kursus ini merangkumi:
1) Penerangan
terhadap semua khilaf yang berkait dengan riwayat Hafs dan Syu’bah.
2) Pembacaan
al-Quran 30 juzuk secara amali bermula surah al-Fatihah hingga al-Nas
(mengikut riwayat Hafs dan Syu’bah).
3) Sanad
(salasilah bacaan al-Quran yang bersambung dengan Rasulullah SAW) akan
dianugerahkan kepada peserta yang layak.
|
Syarat Kemasukan
|
1)
Boleh
membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid
2)
Lulus
temuduga
|
Tempoh Pengajian
|
2 Tahun
|
Nama Kursus
|
TALAQQI MATAN TAJWID
|
Pengenalan Kursus
|
Kursus
ini menerangkan tentang kaedah pembelajaran berasaskan kepada matan-matan Tajwid seperti Matan al-Sakhawi, Matan Tuhfatul Athfal dan seumpamanya.
|
Syarat Kemasukan
|
Boleh
membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid
|
Tempoh Pengajian
|
1 Tahun
|
Nama Kursus
|
QIRAAT IBN KATHIR
|
Pengenalan Kursus
|
Kursus
ini menerangkan tentang bacaan riwayat Bazzi dan Qunbul mengikut Toriq al-Syatibiyyah.
Perbincangan dalam kursus ini merangkumi:
1) Penerangan
terhadap semua topik yang berkait dengan manhaj Ibn Kathir.
2) Kaedah
susunan bacaan pada semua wajah mengikut Qiraat Ibn Kathir.
3) Pembacaan
al-Quran 30 juzuk secara amali bermula surah al-Fatihah hingga al-Nas.
|
Syarat Kemasukan
|
Sudah mengikuti Kelas Talaqqi Bersanad
|
Tempoh Pengajian
|
1 Tahun
Kaedah Pengajaran
1)
Penerangan
manhaj Qiraat Ibnu Kathir.
2)
Bacaan
al-Quran secara amali bermula juzuk 1 hingga 30.
|
Nama Kursus
|
BAHASA ARAB
|
Pengenalan Kursus
|
Kursus
ini membincangkan tentang tatabahasa Arab, di samping pendedahan berkaitan
empat kemahiran berbahasa Arab yang merangkumi kemahiran mendengar, membaca,
menulis dan bercakap. Tumpuan yang lebih diberikan terhadap kemahiran membaca
dan bercakap. Perincian berkaitan kursus ini dijelaskan sebagaimana berikut:
1) Setiap
pertemuan akan dimulakan dengan pembelajaran tatabahasa Arab.
2) Kemudian
para peserta kursus akan didedahkan dengan sedikit perbualan, merangkumi
perbualan di tempat-tempat tertentu, berkaitan dengan peristiwa-peristiwa
tertentu dan lain-lain lagi.
3) Selepas
itu, para peserta akan mempelajari beberapa perkataan atau rangkaikata dan
maknanya yang terdapat dalam perbualan tersebut.
4) Latihan
disediakan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman para peserta.
Latihan yang disediakan merangkumi tatabahasa Arab di dalam ayat-ayat bahasa
Arab, pembinaan ayat dan latihan tatabahasa Arab berdasarkan ayat-ayat
al-Quran.
|
Syarat Kemasukan
|
Mengenal huruf dan baris
|
Tempoh Pengajian
|
1 Tahun
|
Nama Kursus
|
HADITH 40 BERSANAD
|
Pengenalan Kursus
|
Objektif
berkaitan kursus ini dijelaskan sebagaimana berikut:
1) Memperkenalkan
Kitab Hadith 40 karangan Imam Nawawi kepada masyarakat
2)
Menyebarkan
ilmu Hadith kepada masyarakat
3) Menggalakkan
peserta untuk mempelajari kitab-kitab ulama’ secara bersanad.
|
Syarat Kemasukan
|
Minat untuk belajar
|
Tempoh Pengajian
|
1 Tahun
|
Nama Kursus
|
FIQH
|
Pengenalan Kursus
|
Kursus
ini mendedahkan kepada pelajar tentang hukum hakam berkaitan dengan asas fardhu ain. Objektif kursus ini dijelaskan sebagaimana berikut:
1) Memperkenalkan ilmu Fiqh kepada masyarakat .
2) Memberi kefahaman kepada pelajar tentang hukum hakam Fiqh.
|
Syarat Kemasukan
|
Minat untuk belajar
|
Tempoh Pengajian
|
1 Tahun
|
Nama Kursus
|
TAFSIR
|
Pengenalan Kursus
|
Kursus
ini mendedahkan kepada pelajar tentang Tafsir Juzuk 'Amma.
Objektif kursus ini dijelaskan sebagaimana berikut:
1) Mendedahkan tafsiran ulama pada surah al Naba' hingga al Nas
|
Syarat Kemasukan
|
Minat untuk belajar
|
Tempoh Pengajian
|
1 Tahun
|
Nak Tahu waktu pengajian .
BalasPadam