Assalamualaikum wbt... Terima Kasih kerana mengunjungi website Pusat Pengajian AL MUFID

Isnin, 5 Februari 2018

PROGRAM RAUDHATUL QURAN


PERMOHONAN PROGRAM RAUDHATUL QURAN ANJURAN PUSAT ISLAM SULTAN MAHMUD UMT DENGAN KERJASAMA PUSAT PENGAJIAN AL MUFID KINI DIBUKA!!!

Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT dengan kerjasama Pusat Pengajian AL MUFID menawarkan kelas pengajian Al-Quran untuk semua warga UMT dan masyarakat setempat.

Program ini dinamakan sebagai 'Raudhatul Quran' ditubuhkan pada Januari 2018 dengan usaha menyediakan kelas-kelas asas Al-Quran yang menggabungkan kepakaran daripada Pusat Pengajian AL MUFID.

Pada peringkat permulaan program ini menawarkan 3 program iaitu kelas IQRA', PRA TAJWID & TAJWID.

Tujuan utama Program ini diwujudkan adalah untuk membudayakan Al-Quran dalam kalangan warga UMT khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Semoga usaha yang dilaksanakan ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan mendapat keberkatan daripada Allah Swt.

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas PROGRAM RAUDHATUL QURAN bolehlah mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT atau memohon SECARA ONLINE dengan klik icon di bawah:

 PERMOHONAN AL MUFID 2018
KLIK DISINI

 
"PENGAJIAN AL-QURAN SEPANJANG HAYAT, KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT"

Rabu, 24 Januari 2018

UJIAN PENENTUAN TAHAP 2018

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...

Pusat Pengajian AL MUFID mengucapkan ribuan terima kasih di atas permohonan Tuan/Puan untuk belajar di pusat pengajian kami.

Sukacita dimaklumkan, Pusat Pengajian AL MUFID akan mengadakan sesi Ujian Penentuan Tahap bagi pemohonan program-program berikut:

1. Talaqqi Al-Quran Bersanad
2. Pra Sanad
3. Tajwid
4. Pra Tajwid


Maklumat ujian adalah sebagaimana berikut:

🏠 Tempat:
Pusat Pengajian AL MUFID,  Pengadang Baru

🗓 Tarikh:
27 Januari 2018 (Sabtu)

🕰 Masa:
10.00 pagi - 1.00 tengahari


PENTING:
# Permohonan bagi program-program tersebut masih dibuka secara walk-in
# Ujian ini hanya untuk permohonan kelas di Pengadang Baru sahaja. Bagi kelas di Dungun dan Gong Badak, tarikh ujian akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, wassalam.

"Pengajian Al-Quran Sepanjang Hayat" 

Isnin, 18 Disember 2017

PERMOHONAN KELAS PENGAJIAN AL MUFID 2018 SECARA ONLINE




PERMOHONAN KELAS PENGAJIAN AL-QURAN DI PUSAT PENGAJIAN AL MUFID BAGI TAHUN 2018 KINI DIBUKA!!!

 
Assalamualaikum wbt...

Permohonan mengikuti Kelas Pengajian Al-Quran dan Pengajian Islam di Pusat Pengajian Al Mufid di 3 cawangan iaitu di Pengadang Baru, Gong Badak dan Dungun bagi tahun 2018 kini telah dibuka.. Rebutlah peluang untuk mendalami ilmu-ilmu Al-Quran dengan lebih mendalam.
 
Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas Pengajian al-Quran dan Pengajian Islam bolehlah mengisi borang permohonan SECARA ONLINE dengan klik icon di bawah:

 PERMOHONAN AL MUFID 2018

 
"PENGAJIAN AL-QURAN SEPANJANG HAYAT"

Rabu, 18 Januari 2017

UJIAN PENENTUAN TAHAP SESI 2017

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...

Pusat Pengajian AL MUFID mengucapkan jutaan terima kasih atas permohonan tuan/puan dengan pihak kami. Sukacita dimaklumkan, Pusat Pengajian AL MUFID akan mengadakan sesi Ujian Penentuan Tahap bagi pemohon program-program berikut:

1. Talaqqi Al-Quran Bersanad
2. Pra Sanad
3. Tajwid
4. Pra Tajwid



Maklumat ujian adalah sebagaimana berikut:

🗓 Tarikh: 21/01/2017 (SABTU)
⏰ Masa: 09:00 pagi - 01:00 petang
🏠 Tempat: Pusat Pengajian AL MUFID, Pengadang Baru


PENTING:
# Permohonan bagi program-program tersebut masih dibuka secara walk-in
# Ujian ini hanya untuk permohonan kelas di Pengadang Baru sahaja. Bagi kelas di Dungun dan Gong Badak, tarikh ujian akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, wassalam.

Khamis, 1 Disember 2016

PERMOHONAN PENGAJIAN SESI 2017

Assalamualaikum wbt...

Pusat Pengajian AL MUFID Pengadang Baru, Dungun dan Gong Badak



PERMOHONAN KELAS PENGAJIAN AL-QURAN DI PUSAT PENGAJIAN AL MUFID BAGI TAHUN 2018 KINI DIBUKA!!!

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas Pengajian al-Quran dan Pengajian Islam bolehlah mengisi borang permohonan di atas talian dengan klik icon di bawah:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScDDZ9M5CeYYXgUJ246V6PknOcHwdcVQ_sDitMz6Egs2DJT7A/viewform

"PENGAJIAN AL-QURAN SEPANJANG HAYAT"

Selasa, 29 November 2016


Daurah Ilmu Tajwid Siri 2 2016 anjuran Pusat Pengajian AL MUFID merupakan kesinambungan kepada Daurah Ilmu Tajwid Siri 1 2016 yang telah dilangsungkan di Terengganu Equestrian Resort (TER) pada 13 Ogos baru-baru ini. Daurah Siri 2 kali ini diadakan di Dewan Berlian, Hotel Permai Inn pada 26 November 2016.

Program yang bermula daripada jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang ini telah dihadiri oleh 93 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pengisian program oleh Dr. Tawfiq Ibrahim Dhamrah ini dibantu oleh Ustaz Mahadi Mohamad, Ustaz Subhi Hussein dan Dr. Azizul Hassan melancarkan lagi perjalanan program ini. Slot pertama dimulai dengan bacaan matan Muqaddimah Jazariyyah sehingga Bab Sifat Huruf. Kemudian diteruskan dengan penerangan Bab Sifat Huruf dan diakhiri dengan sesi soal jawab berkaitan permasalahan dalam ilmu Tajwid. Sambutan yang sangat memberangsangkan terhadap daurah kali ini membuktikan kecaknaan masyarakat dalam mendalami ilmu Al-Quran. 

 Di akhir program, para peserta diijazahkan dengan sanad al-Muqaddimah al-Jazariyyah, Musalsal Bil Mahabbah, Surah al-Asr dan sijil penyertaan.

Terima kasih kepada tenaga kerja Pusat Pengajian AL MUFID yang bertungkus lumus menjayakan daurah ini serta semua peserta yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi sehingga ke saat akhir program. Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada perkongsian yang sedikit ini. Tahniah untuk semua..


 Gambar yang sempat diambil sepanjang program berlangsung

 
Ucapan alu-aluan oleh Ketua Eksekutif Pusat Pengajian AL MUFID, Dr. Azizul bin Hassan 

 












Isnin, 28 November 2016

BUAT JULUNG KALINYA Pusat Pengajian AL MUFID mengadakan program Talaqqi Surah-Surah Pilihan dan mendapat sambutan yang sangat positif. Penyertaan seramai 61 orang yang bermula 21 November ini membuktikan kesungguhan masyarakat kita dalam memperbetulkan bacaan secara praktikal tanpa mengenal perasaan segan dan malu.

Bagi memastikan tumpuan penuh dapat diberikan kepada peserta, mereka telah dibahagikan kepada 13 kumpulan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Program ini dikendalikan oleh Syeikh Munzir al-'Aliy dan Syeikh Dr. Tawfiq Ibrahim Dhamrah. Program ini memberi penekanan kepada aspek kelancaran bacaan, penguasaan hukum Tajwid dan penguasaan Makhraj Huruf.

Program talaqqi ini telah berakhir dengan jayanya pada 25 November. Terima kasih kepada Lajnah Pusat Pengajian AL MUFID, para peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi memartabatkan ilmu al-Quran.


 Sekitar sesi program talaqqi berlangsung


Tenaga Pengajar Pusat Pengajian AL MUFID juga tidak melepaskan peluang untuk bertalaqqi dengan syeikh.