Assalamualaikum wbt... Terima Kasih kerana mengunjungi website Pusat Pengajian AL MUFID

Ahad, 3 November 2019

BENGKEL AL-FATIHAH DI HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH KUALA TERENGGANU

Alhamdulillah, selesai Bengkel Al-Fatihah anjuran HMI Jabatan Oftalmologi dan HMI HSNZ.

Antara kesalahan yang dikesan adalah sebutan huruf yang tidak tepat. Contoh huruf Dal yang sepatutnya di pangkal gigi kacip atas tetapi ditekankan ke tengah lelangit, huruf Sin yang sepatutnya di belakang gigi bawah tetapi diletakkan antara hujung gigi atas dan bawah, huruf Hamzah yang diringankan sebutannya sehingga menjadi seolah-olah sebutan Tashil, Tashdid yang tidak ditekan seolah-olah Tashdid tersebut dihilangkan, serta beberapa kesalahan yang lain.

Kesalahan sebutan huruf adakalanya dikira sebagai kesalahan Khafiy, dan adakalanya boleh berubah menjadi kesalahan Jaliy apabila sebutannya berubah kepada huruf lain.

Untuk mempelajari makhraj huruf secara lebih detail, jom sertai program KEMBARA QURANIY bersama Syeikh Adnan al-Urdhi yang bakal diundang khas daripada Riyadh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan