Assalamualaikum wbt... Terima Kasih kerana mengunjungi website Pusat Pengajian AL MUFID

Rabu, 16 Oktober 2019

TINTA KETUA EKSEKUTIF AL MUFID SIRI 1

WAQAF PADA (كلا)
Maaf pada yang bertanya tentang waqaf (كلا) pada Surah Al-Alaq ayat 18-19 kerana terlambat respon:
(سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِیَةَ) (كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡ وَٱقۡتَرِب ۩)
Sebelum fokus kepada ayat yang ditanya, suka saya jelaskan secara umum tentang waqaf pada (كلا)... Ia sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Al-Jazariy melalui karyanya Al-Tamhid bahawa beliau mendapati ada tiga pandangan dalam hal ini selepas bertalaqqi dengan guru-guru beliau:
1- Diharuskan mewaqafkan (كلا) pada semua tempat dalam Al-Quran melalui jalur guru beliau Ibnu Al-Sallar... Hujahannya kerana (كلا) bermaksud tegahan atau ancaman (الردع والرجز).
2- Dilarang mewaqafkan (كلا) pada semua tempat dalam Al-Quran melalui jalur guru beliau Ibn Al-Jundiy... Hujahannya kerana (كلا) bermaksud peringatan (تنبيه).
3- Sebahagian tempat diwaqafkan dan sebahagian tempat dilarang... Ia bergantung kepada makna ayat... Pendapat ini merupakan pandangan semisal Imam Makkiy, Al-Daniy dan lain-lain guru beliau.
Bagi ayat dalam Surah Al-Alaq, Imam Al-Khalijiy memilih untuk tidak mewaqafkan padanya.. Bahkan memulakan bacaan padanya adalah lebih utama...
Kesimpulannya, pembaca boleh memilih sama ada mahu mewaqafkan padanya atau memulakan dengannya kerana kedua-dua cara tersebut ada sandaran melalui talaqqi...
Wallahu 'Alam.
Hasil tulisan dan credit to Ust Dr Azizul Hassan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan