Assalamualaikum wbt... Terima Kasih kerana mengunjungi website Pusat Pengajian AL MUFID

Isnin, 9 September 2019

SEMINAR GHUNNAH: ANTARA AMALAN DAN KEKELIRUAN

Alhamdulillah selesai program Seminar Ghunnah: Antara Amalan dan Kekeliruan yang bertempat di Sumai Hotel Kuala Terengganu. Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai seminar kali ini. Alhamdulillah, penyertaan yang sangat memberangsangkan. Bermula daripada dewan masjid, kami terpaksa berpindah ke dewan hotel yang lebih besar. Itulah banyak permohonan saat akhir yang terpaksa kami tolak.

Seluruh daerah di pelusuk Terengganu ada wakil kali ini. Yang lebih mengharukan kami, bukan sahaja ada peserta daripada Pahang dan Kuala Lumpur, malah ada juga yang datang daripada Singapura untuk menyertai kami.

Seminar kali ini membincangkan banyak isu berkaitan dengung atau ghunnah dalam bacaan al-Quran. Walaupun sesetengah pihak melihat isu dengung ini hanyalah satu isu kecil yang biasanya dikupas selama setengah jam sahaja, tetapi bagi kami setiap isu dalam bacaan al-Quran bukanlah isu yang kecil. Untuk sesi kali ini, isu ini dikupas selama enam jam oleh al-fadhil Dr Azizul Hassan.

Kenapa isu ini tidak boleh dipandang ringan? Kerana penggunaannya sangat banyak dalam al-Quran. Tidak ada muka surat dalam al-Quran yang tidak mempunyai hukum dengung.

Kami komited dalam membentuk masyarakat yang boleh menguasai al-Quran dengan baik, bukan sahaja yang pandai dengan ilmu al-Quran, tetapi juga boleh membetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Demi mencapai matlamat itu, selain menawarkan kelas pengajian, kami juga menganjurkan program-program seperti bengkel dan seminar berkaitan al-Quran, kem cuti sekolah untuk para pelajar dan banyak lagi.

Alhamdulillah. Semoga seminar ini memberi manfaat yang sangat besar kepada para peserta khususnya, dan masyarakat Islam umumnya. In Sha Allah kami di Pusat Pengajian AL MUFID sedang merangka untuk program dan tajuk perbincangan yang lebih menarik dalam masa terdekat ini. Nantikan!





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan