Assalamualaikum wbt... Terima Kasih kerana mengunjungi website Pusat Pengajian AL MUFID

Ahad, 11 Oktober 2015

PERUNTUKAN BANTUAN KHAS "PROGRAM PENGAJIAN AL-QURAN BAGI ANAK YATIM DAN GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN"


LATAR BELAKANG

PUSAT PENGAJIAN AL MUFID merupakan pusat pengajian al-Quran yang berorientasikan pembelajaran secara sistematik, mesra, selesa serta kondusif untuk semua golongan masyarakat dan golongan profesional terutamanya golongan dewasa yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu al-Quran ini.

Pusat ini ditubuhkan untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menyampaikan ilmu al-Quran kepada masyarakat di bawah kelolaan AL MUFID ENTERPRISE dan diuruskan oleh beberapa orang tenaga pengajar Institut Al-Quran Terengganu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang al-Quran, Qiraat dan Bahasa Arab. Pusat pengajian ini telah memulakan sesi pembelajaran  bermula tahun 2014 yang mempunyai 9 kelas pengajian dan berpusat di Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

Namun demikian, kesedaran dan permintaan yang tinggi daripada masyarakat Terengganu, Pusat Pengajian Al Mufid telah membuka cawangan baharu di daerah Dungun pada awal tahun 2015. Setakat ini jumlah keseluruhan kelas pengajian di Pusat Pengajian Al Mufid ialah sebanyak 21 kelas, iaitu 18 kelas di Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu dan 3 kelas di daerah Dungun.

Selaras dengan tujuan dan matlamat penubuhan pusat pengajian ini, kami pihak pengurusan Pusat Pengajian Al Mufid bercadang untuk mengadakan program pengajian al-Quran khusus bagi golongan anak yatim dan kurang berkemampuan. Hal ini, secara tidak langsung dapat memberi peluang dan ruang kepada kedua-dua golongan tersebut untuk terus mendalami dan memahami ilmu al-Quran dengan baik.

Sehingga kini, jumlah pelajar yang mendaftar dengan Pusat Pengajian Al-Mufid telah mencapai 200 orang. Diharapkan pusat pengajian ini akan terus mendapat kepercayaan masyarakat bagi mempelajari dan mendalami ilmu al-Quran serta memartabatkan kembali negeri Terengganu sebagai negeri kelahiran tokoh-tokoh yang hebat dalam bidang al-Quran.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT
1.    Membantu anak yatim dan golongan yang tidak berkemampuan dengan menyediakan kemudahan pengajian al-Quran serta memberi pemahaman yang sebaiknya kepada mereka.
2.    Membentuk sahsiah anak-anak yatim dan golongan ke arah keperibadian yang unggul bertepatan dengan ajaran al-Quran
3.    Membela nasib anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan yang cemerlang, gemilang serta terbilang dalam akademik dan sahsiah yang sangat berminat untuk mempelajari ilmu al-Quran.

KOMPONEN PROGRAM

Program Kelas Al-Quran Anak Yatim dan Golongan Kurang Berkemampuan
BIL
PERKARA
PENERANGAN
1
Cadangan tarikh mula kelas
1 November 2015 (Ahad)
2
Tempoh pengajian
2 Tahun
3
Jenis pengajian
Tajwid Al-Quran
4
Bilangan pelajar
10 orang/kelas
5
Kumpulan sasar
Anak yatim dan golongan kurang berkemampuan sekitar Daerah Marang dan Dungun
6
Cadangan bilangan kelas yang akan diadakan
10 kelas (5 di Pengadang Baru &
5 di Dungun)
7
Bayaran
Percuma
8
Jumlah keseluruhan pelajar
100 orang pelajar
9
Tempat pengajian
Pusat Pengajian Al Mufid di Pengadang Baru dan Dungun

KAEDAH PELAKSANAAN

Para pelajar akan mempelajari ilmu tajwid al-Quran ini mengikut silibus yang telah disusun khas oleh tenaga pengajar pusat pengajian ini yang mempunyai pengalaman luas dalam penyusunan modul al-Quran dan tajwid. Selain itu juga, pelbagai kemudahan dan fasiliti yang lengkap seperti kemudahan komputer dan pemancar LCD, visual dan audio yang terdapat di pusat pengajian ini juga sedikit sebanyak membantu para pelajar memahami serta mendalami pembelajaran yang diajarkan kepada mereka.

Berikut adalah perincian program bagi kelas pengajian tajwid al-Quran :
Nama Kursus
Tajwid al-Quran




Pengenalan Kursus
1.      Kursus ini akan membincangkan mengenai pengenalan ilmu tajwid, makhraj huruf, sifar huruf, hukum nun dan mim mati, waqaf dan ibtida’ dan lain-lain. Perbincangan dalam kursus ini merangkumi dua aspek yang utama iaitu:
2.      Penerangan ilmu tajwid mengikut topik yang telah disusun khas
3.      Pembacaan al-Quran 30 Juz secara amali mengikut Riwayat Hafs bermula surah al-Fatihah sehingga An-Nas

Syarat Kemasukan
1.      Anak yatim dan golongan miskin di sekitar daerah Marang dan Kuala terengganu
2.      Boleh membaca al-Quran dengan lancar
Waktu Pengajian
Setiap hari Jumaat & Sabtu jam 9.00-11.00 pagi

Bil
Bil. Kelas
Bilangan Pelajar
Kaedah Pelaksanan
1
10
10 Orang/kelas
Pengajaran dan Pembelajaran tajwid, talaqqi bacaan al-Quran, sesi soal jawab dan penggunaan visual dan audio sebagai ulangan pengajaran dan pembelajaran

Program pembangunan modul Mufid diadakan bertujuan mengemaskini modul-modul yang sedia ada bagi penambahbaikan dan permurnian modul baharu agar ianya menepati disiplin ilmu Tajwid dan olahan yang bersesuaian bagi memudahkan pembelajaran.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil
Kos /unit
Jumlah
1
Yuran Peserta
RM 100.00/10 Orang x 10 kelas
RM 10,000.00 x 24 bulan

RM 10,000.00/bulan
RM 240,000.00


RM 240,000.00
JUMLAH
RM 240,000.00





MAKLUMAT SUMBANGAN

Sumbangan ikhlas tersebut boleh disalurkan melalui:
Nama Akaun: TETUAN AL MUFID ENTERPRISE
No Akaun: 13053010007667 (Bank Islam Malaysia Berhad@BIMB)

KAEDAH SUMBANGAN

Boleh dilakukan dengan cara berikut:
BIL
CARA
PENERANGAN
KAEDAH BAYARAN
1
Sumbangan individu
Penajaan bagi seorang pelajar.
1- Secara Bulanan (Rm 100 x 24 Bulan) = RM 2400.00
2- Secara sekaligus (lump sum)= RM 2400.00
2
Sumbangan umum
Penajaan secara umum berdasarkan kemampuan penaja.

 Mengikut keselesaan

Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan:
1.      Ustaz Burhanuddin Bin Abdul Rahman (0126484112)
2.      Ustaz Khairul Najmi Bin Abdul Rashid (01110827040)

FAEDAH PROGRAM

Faedah yang diperolehi melalui program kelas al-Quran anak yatim dan golongan miskin ini adalah: .

1.      Memberi peluang kepada orang yang berkemampuan membuat pahala besar dengan menjaga kebajikan anak yatim dan golongan kurang berkemampuan, sebagaimana kata-kata Sayyid Qutub RH : Dasar takaful sosial itulah dasar masyarakat Islam, kaum Muslimin diwajibkan menjaga kepentingan golongan yang lemah di dalam masyarakat. Anak-anak yatim yang kehilangan bapa mereka dan masih kecil merupakan golongan yang lebih utama mendapat perhatian dan perlindungan kaum Muslimin terhadap keselamatan diri dan harta mereka”.
2.      Derma atau sumbangan adalah sedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. Maksud Hadith Nabi SAW: “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).

KESIMPULAN

Semoga perancangan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan semua peringkat demi mencapai misi dan tujuannya. Di samping itu, penganjur mengharapkan komitmen yang jitu daripada semua kelompok dan invidu yang terlibat secara langsung untuk menjayakan program ini. Harapan yang terakhir agar Allah SWT meredhai perancangan ini dan melimpahkan rahmatNya kepada seluruh yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Ustaz Azizul Bin Hassan
Ketua Eksekutif,
Pusat Pengajian AL MUFID

Tiada ulasan:

Catat Ulasan