LATAR BELAKANG
PUSAT PENGAJIAN AL MUFID merupakan pusat pengajian al-Quran
yang berorientasikan pembelajaran secara sistematik, mesra, selesa serta
kondusif untuk semua golongan masyarakat dan golongan profesional terutamanya
golongan dewasa yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu al-Quran ini.
Pusat ini ditubuhkan untuk memenuhi tuntutan fardhu
kifayah dalam menyampaikan ilmu al-Quran kepada masyarakat di bawah kelolaan AL
MUFID ENTERPRISE dan diuruskan oleh beberapa orang tenaga pengajar Institut
Al-Quran Terengganu yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang al-Quran,
Qiraat dan Bahasa Arab. Pusat pengajian ini telah memulakan sesi
pembelajaran bermula tahun 2014 yang
mempunyai 9 kelas pengajian dan berpusat di Kampung Pengadang Baru, Kuala
Terengganu.
Namun demikian, kesedaran dan permintaan yang tinggi
daripada masyarakat Terengganu, Pusat Pengajian Al Mufid telah membuka cawangan
baharu di daerah Dungun pada awal tahun 2015. Setakat ini jumlah keseluruhan
kelas pengajian di Pusat Pengajian Al Mufid ialah sebanyak 21 kelas, iaitu 18
kelas di Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu dan 3 kelas di daerah
Dungun.
Selaras dengan tujuan dan
matlamat penubuhan pusat pengajian ini, kami pihak pengurusan Pusat Pengajian Al Mufid
bercadang untuk mengadakan program pengajian al-Quran khusus bagi golongan anak
yatim dan kurang berkemampuan. Hal ini, secara tidak langsung dapat memberi peluang dan
ruang kepada kedua-dua golongan tersebut untuk terus mendalami dan memahami
ilmu al-Quran dengan baik.
Sehingga kini, jumlah
pelajar yang mendaftar dengan Pusat Pengajian Al-Mufid telah mencapai 200
orang. Diharapkan pusat pengajian ini akan terus mendapat kepercayaan
masyarakat bagi mempelajari dan mendalami ilmu al-Quran serta memartabatkan
kembali negeri Terengganu sebagai negeri kelahiran tokoh-tokoh yang hebat dalam
bidang al-Quran.
OBJEKTIF DAN MATLAMAT
1. Membantu anak yatim dan golongan yang
tidak berkemampuan dengan menyediakan kemudahan pengajian al-Quran serta
memberi pemahaman yang sebaiknya kepada mereka.
2.
Membentuk sahsiah
anak-anak yatim dan golongan ke arah keperibadian yang unggul bertepatan dengan
ajaran al-Quran
3.
Membela nasib
anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan yang cemerlang, gemilang serta terbilang
dalam akademik dan sahsiah yang sangat berminat untuk mempelajari ilmu
al-Quran.
KOMPONEN PROGRAM
Program Kelas Al-Quran Anak Yatim dan Golongan Kurang Berkemampuan
BIL
|
PERKARA
|
PENERANGAN
|
1
|
Cadangan tarikh
mula kelas
|
1 November 2015 (Ahad)
|
2
|
Tempoh
pengajian
|
2 Tahun
|
3
|
Jenis pengajian
|
Tajwid Al-Quran
|
4
|
Bilangan
pelajar
|
10 orang/kelas
|
5
|
Kumpulan sasar
|
Anak yatim dan golongan kurang berkemampuan sekitar
Daerah Marang dan Dungun
|
6
|
Cadangan bilangan
kelas yang akan diadakan
|
10 kelas (5 di
Pengadang Baru &
5 di Dungun)
|
7
|
Bayaran
|
Percuma
|
8
|
Jumlah keseluruhan pelajar
|
100 orang pelajar
|
9
|
Tempat pengajian
|
Pusat Pengajian Al Mufid di Pengadang Baru dan Dungun
|
KAEDAH PELAKSANAAN
Para pelajar akan
mempelajari ilmu tajwid al-Quran ini mengikut silibus yang telah disusun khas
oleh tenaga pengajar pusat pengajian ini yang mempunyai pengalaman luas dalam
penyusunan modul al-Quran dan tajwid. Selain itu juga, pelbagai kemudahan dan
fasiliti yang lengkap seperti kemudahan komputer dan pemancar LCD, visual dan
audio yang terdapat di pusat pengajian ini juga sedikit sebanyak membantu para
pelajar memahami serta mendalami pembelajaran yang diajarkan kepada mereka.
Berikut adalah
perincian program bagi kelas pengajian tajwid al-Quran :
Nama Kursus
|
Tajwid al-Quran
|
Pengenalan
Kursus
|
1.
Kursus ini akan
membincangkan mengenai pengenalan ilmu tajwid, makhraj huruf, sifar huruf,
hukum nun dan mim mati, waqaf dan ibtida’ dan lain-lain. Perbincangan dalam
kursus ini merangkumi dua aspek yang utama iaitu:
2.
Penerangan ilmu
tajwid mengikut topik yang telah disusun khas
3.
Pembacaan
al-Quran 30 Juz secara amali mengikut Riwayat Hafs bermula surah al-Fatihah
sehingga An-Nas
|
Syarat
Kemasukan
|
1.
Anak yatim dan
golongan miskin di sekitar daerah Marang dan Kuala terengganu
2.
Boleh membaca
al-Quran dengan lancar
|
Waktu Pengajian
|
Setiap hari Jumaat
& Sabtu jam 9.00-11.00 pagi
|
Bil
|
Bil. Kelas
|
Bilangan
Pelajar
|
Kaedah Pelaksanan
|
1
|
10
|
10 Orang/kelas
|
Pengajaran dan
Pembelajaran tajwid, talaqqi bacaan al-Quran, sesi soal jawab dan penggunaan
visual dan audio sebagai ulangan pengajaran dan pembelajaran
|
Program
pembangunan modul Mufid diadakan bertujuan mengemaskini modul-modul yang sedia
ada bagi penambahbaikan dan permurnian modul baharu agar ianya menepati
disiplin ilmu Tajwid dan olahan yang bersesuaian bagi memudahkan pembelajaran.
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
|
Kos /unit
|
Jumlah
|
|
1
|
Yuran Peserta
RM 100.00/10 Orang x 10 kelas
RM 10,000.00 x 24 bulan
|
RM 10,000.00/bulan
RM 240,000.00
|
RM 240,000.00
|
JUMLAH
|
RM 240,000.00
|
||
MAKLUMAT SUMBANGAN
Sumbangan ikhlas
tersebut boleh disalurkan melalui:
Nama Akaun:
TETUAN AL MUFID ENTERPRISE
No Akaun:
13053010007667 (Bank Islam Malaysia Berhad@BIMB)
KAEDAH SUMBANGAN
Boleh dilakukan
dengan cara berikut:
BIL
|
CARA
|
PENERANGAN
|
KAEDAH BAYARAN
|
1
|
Sumbangan individu
|
Penajaan bagi seorang pelajar.
|
1- Secara
Bulanan (Rm 100 x 24 Bulan) = RM 2400.00
2- Secara
sekaligus (lump sum)= RM 2400.00
|
2
|
Sumbangan umum
|
Penajaan secara umum berdasarkan kemampuan penaja.
|
Mengikut keselesaan
|
Untuk keterangan lanjut boleh berhubung
dengan:
1.
Ustaz Burhanuddin
Bin Abdul Rahman (0126484112)
2.
Ustaz Khairul
Najmi Bin Abdul Rashid (01110827040)
FAEDAH PROGRAM
Faedah yang
diperolehi melalui program kelas al-Quran anak yatim dan golongan miskin ini
adalah: .
1.
Memberi peluang
kepada orang yang berkemampuan membuat pahala besar dengan menjaga kebajikan
anak yatim dan golongan kurang berkemampuan, sebagaimana kata-kata Sayyid Qutub RH : “Dasar takaful sosial
itulah dasar masyarakat Islam, kaum Muslimin diwajibkan menjaga kepentingan
golongan yang lemah di dalam masyarakat. Anak-anak yatim yang
kehilangan bapa mereka dan masih kecil merupakan golongan yang lebih utama
mendapat perhatian dan perlindungan kaum Muslimin terhadap keselamatan diri dan
harta mereka”.
2. Derma atau sumbangan adalah sedekah yang boleh meringankan
beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. Maksud Hadith Nabi
SAW: “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan
api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).
KESIMPULAN
Semoga perancangan program
ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan semua peringkat demi
mencapai misi dan tujuannya. Di samping itu, penganjur mengharapkan komitmen
yang jitu daripada semua kelompok dan invidu yang terlibat secara langsung
untuk menjayakan program ini. Harapan yang terakhir agar Allah SWT meredhai
perancangan ini dan melimpahkan rahmatNya kepada seluruh yang terlibat secara
langsung ataupun secara tidak langsung.
Ustaz Azizul Bin Hassan
Ketua Eksekutif,
Pusat Pengajian AL MUFID