Assalamualaikum.
Alhamdulillah, PP AL MUFID telah di jemput untuk mengadakan bengkel Al-Fatihah oleh Jabatan Oftalmologi dan HMI Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Bengkel ini Membincangkan Surah Al-Fatihah dari segenap konteks dan sudut.
Semoga Bengkel Ini Memberikan impak yang besar kepada kehidupan kalian!.
inshallah.
Ahad, 3 November 2019
BENGKEL AL-FATIHAH DI HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH KUALA TERENGGANU
Alhamdulillah, selesai Bengkel Al-Fatihah anjuran HMI Jabatan Oftalmologi dan HMI HSNZ.
Antara kesalahan yang dikesan adalah sebutan huruf yang tidak tepat. Contoh huruf Dal yang sepatutnya di pangkal gigi kacip atas tetapi ditekankan ke tengah lelangit, huruf Sin yang sepatutnya di belakang gigi bawah tetapi diletakkan antara hujung gigi atas dan bawah, huruf Hamzah yang diringankan sebutannya sehingga menjadi seolah-olah sebutan Tashil, Tashdid yang tidak ditekan seolah-olah Tashdid tersebut dihilangkan, serta beberapa kesalahan yang lain.
Kesalahan sebutan huruf adakalanya dikira sebagai kesalahan Khafiy, dan adakalanya boleh berubah menjadi kesalahan Jaliy apabila sebutannya berubah kepada huruf lain.
Untuk mempelajari makhraj huruf secara lebih detail, jom sertai program KEMBARA QURANIY bersama Syeikh Adnan al-Urdhi yang bakal diundang khas daripada Riyadh.
Alhamdulillah, selesai Bengkel Al-Fatihah anjuran HMI Jabatan Oftalmologi dan HMI HSNZ.
Antara kesalahan yang dikesan adalah sebutan huruf yang tidak tepat. Contoh huruf Dal yang sepatutnya di pangkal gigi kacip atas tetapi ditekankan ke tengah lelangit, huruf Sin yang sepatutnya di belakang gigi bawah tetapi diletakkan antara hujung gigi atas dan bawah, huruf Hamzah yang diringankan sebutannya sehingga menjadi seolah-olah sebutan Tashil, Tashdid yang tidak ditekan seolah-olah Tashdid tersebut dihilangkan, serta beberapa kesalahan yang lain.
Kesalahan sebutan huruf adakalanya dikira sebagai kesalahan Khafiy, dan adakalanya boleh berubah menjadi kesalahan Jaliy apabila sebutannya berubah kepada huruf lain.
Untuk mempelajari makhraj huruf secara lebih detail, jom sertai program KEMBARA QURANIY bersama Syeikh Adnan al-Urdhi yang bakal diundang khas daripada Riyadh.
Selasa, 29 Oktober 2019
Seminar al-Quran Ghunnah : Antara Amalan Dan kekeliruan
Jumpa Anda nanti..
Rabu, 16 Oktober 2019
TINTA KETUA EKSEKUTIF AL MUFID SIRI 2
SURAH AL-MUJADILAH ATAU AL-MUJADALAH?
SURAH AL-MUMTAHANAH ATAU AL-MUMTAHINAH?
Soalan diajukan kepada 'ambe' berkenaan nama bagi dua surah tersebut... Nak baca baris bawah atau atas?
Secara umum, kedua-dua sebutan adalah terpakai kerana itu dalam mushaf Huruf Dal pada Surah Al-Mujadilah tidak dibariskan, dan begitu juga huruf Ha pada Surah Al-Mumtahinah... (Rujuk Gambar)...
Namun, yang lebih tepat pada pandangan saya adalah kedua-dua Surah tersebut dibaca baris bawah pada huruf Dal dan Ha... Dalilnya adalah:
1- Surah Al-Mujadilah diisyaratkan melalui ayat:
{تُجَادِلُكَ } [المجادلة: 1]
Baris bawah pada huruf Dal.
Baris bawah pada huruf Dal.
2- Surah Al-Mumtahinah diisyaratkan melalui ayat:
{فَامْتَحِنُوهُنَّ } [الممتحنة: 10]
Baris bawah pada huruf Ha...
Baris bawah pada huruf Ha...


Wallahu 'Alam.
TINTA KETUA EKSEKUTIF AL MUFID SIRI 1
WAQAF PADA (كلا)
Maaf pada yang bertanya tentang waqaf (كلا) pada Surah Al-Alaq ayat 18-19 kerana terlambat respon:
(سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِیَةَ) (كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡ وَٱقۡتَرِب ۩)
Sebelum fokus kepada ayat yang ditanya, suka saya jelaskan secara umum tentang waqaf pada (كلا)... Ia sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Al-Jazariy melalui karyanya Al-Tamhid bahawa beliau mendapati ada tiga pandangan dalam hal ini selepas bertalaqqi dengan guru-guru beliau:
1- Diharuskan mewaqafkan (كلا) pada semua tempat dalam Al-Quran melalui jalur guru beliau Ibnu Al-Sallar... Hujahannya kerana (كلا) bermaksud tegahan atau ancaman (الردع والرجز).
2- Dilarang mewaqafkan (كلا) pada semua tempat dalam Al-Quran melalui jalur guru beliau Ibn Al-Jundiy... Hujahannya kerana (كلا) bermaksud peringatan (تنبيه).
3- Sebahagian tempat diwaqafkan dan sebahagian tempat dilarang... Ia bergantung kepada makna ayat... Pendapat ini merupakan pandangan semisal Imam Makkiy, Al-Daniy dan lain-lain guru beliau.
Bagi ayat dalam Surah Al-Alaq, Imam Al-Khalijiy memilih untuk tidak mewaqafkan padanya.. Bahkan memulakan bacaan padanya adalah lebih utama...
Kesimpulannya, pembaca boleh memilih sama ada mahu mewaqafkan padanya atau memulakan dengannya kerana kedua-dua cara tersebut ada sandaran melalui talaqqi...
Wallahu 'Alam.
Hasil tulisan dan credit to Ust Dr Azizul Hassan
Isnin, 23 September 2019
SEMINAR AL-QURAN DI KUANTAN, PAHANG
Jom..semua pencinta ilmu al-Quran & ilmu Tajwid area Kemaman & Kuantan, bersama-sama kita hadir ke Seminar al-Quran yang bertajuk Ghunnah: Antara Amalan dan Kekeliruan bersama YBhg Ust Dr Azizul bin Hassan.
Yang berminat, boleh daftar secara atas talian di pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScOrN3909VIdQ0YVQOALuV_ynQiKKRgXL7HBJI25oyEqCKmtQ/viewform
Jika ada sebarang persoalan, boleh hubungi no berikut:
📲 Ustaz Radzi 019-4521667
http://www.wasap.my/+60194521667/SeminarGhunnah
Isnin, 9 September 2019
SEMINAR GHUNNAH: ANTARA AMALAN DAN KEKELIRUAN
Alhamdulillah selesai program Seminar Ghunnah: Antara Amalan dan Kekeliruan yang bertempat di Sumai Hotel Kuala Terengganu. Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai seminar kali ini. Alhamdulillah, penyertaan yang sangat memberangsangkan. Bermula daripada dewan masjid, kami terpaksa berpindah ke dewan hotel yang lebih besar. Itulah banyak permohonan saat akhir yang terpaksa kami tolak.
Seluruh daerah di pelusuk Terengganu ada wakil kali ini. Yang lebih mengharukan kami, bukan sahaja ada peserta daripada Pahang dan Kuala Lumpur, malah ada juga yang datang daripada Singapura untuk menyertai kami.
Seluruh daerah di pelusuk Terengganu ada wakil kali ini. Yang lebih mengharukan kami, bukan sahaja ada peserta daripada Pahang dan Kuala Lumpur, malah ada juga yang datang daripada Singapura untuk menyertai kami.
Seminar kali ini membincangkan banyak isu berkaitan dengung atau ghunnah dalam bacaan al-Quran. Walaupun sesetengah pihak melihat isu dengung ini hanyalah satu isu kecil yang biasanya dikupas selama setengah jam sahaja, tetapi bagi kami setiap isu dalam bacaan al-Quran bukanlah isu yang kecil. Untuk sesi kali ini, isu ini dikupas selama enam jam oleh al-fadhil Dr Azizul Hassan.
Kenapa isu ini tidak boleh dipandang ringan? Kerana penggunaannya sangat banyak dalam al-Quran. Tidak ada muka surat dalam al-Quran yang tidak mempunyai hukum dengung.
Kami komited dalam membentuk masyarakat yang boleh menguasai al-Quran dengan baik, bukan sahaja yang pandai dengan ilmu al-Quran, tetapi juga boleh membetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Demi mencapai matlamat itu, selain menawarkan kelas pengajian, kami juga menganjurkan program-program seperti bengkel dan seminar berkaitan al-Quran, kem cuti sekolah untuk para pelajar dan banyak lagi.
Alhamdulillah. Semoga seminar ini memberi manfaat yang sangat besar kepada para peserta khususnya, dan masyarakat Islam umumnya. In Sha Allah kami di Pusat Pengajian AL MUFID sedang merangka untuk program dan tajuk perbincangan yang lebih menarik dalam masa terdekat ini. Nantikan!
Langgan:
Catatan (Atom)













