Assalamualaikum wbt... Terima Kasih kerana mengunjungi website Pusat Pengajian AL MUFID

MAKLUMAT PENGAJIAN


Pusat Pengajian Al Mufid menawarkan kursus-kursus berkaitan Pengajian al-Quran dan Pengajian Islam. Antara kursus yang akan ditawarkan bagi pendaftaran tahun 2018 ialah:

1.       IQRA' 
2.       Pra Tajwid 
3.       Tajwid 
4.       Pra Sanad 
5.       Talaqqi al-Quran Bersanad 
6.       Qiraat Ibn Kathir 
7.    Talaqqi Matan Tajwid 
8.       Bahasa Arab 
9.       Tafsir
10.    Fiqh* 


MAKLUMAT KURSUS

* Kursus Baharu

Nama Kursus
IQRA’
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang huruf-huruf hija’iyyah dan cara membunyikan baris bagi huruf-huruf tersebut. Modul yang digunakan adalah modul khusus yang dinamakan IQRA’ AL-MUFID. Ia merupakan kaedah mempelajari al-Quran secara berkesan dan menyeluruh.
Syarat Kemasukan
Minat untuk membaca al-Quran
Tempoh Pengajian
1 Tahun



Nama Kursus
PRA-TAJWID AL-QURAN
Pengenalan Kursus
Kursus ini menekankan aspek pembacaan al-Quran dari sudut kelancaran dengan memperaktikkan hukum tajwid yang asas iaitu nun mati dan tanwin, mim mati serta nun dan mim musyaddadah. Penekanan juga diberikan terhadap kadar mad. Perbincangan dalam kursus ini merangkumi pembacaan al-Quran secara amali mengikut riwayat Hafs bermula surah al-Fatihah. Jumlah peserta antara 8 hingga 10 orang.
Syarat Kemasukan
Boleh membaca kalimah-kalimah al-Quran dan menguasai panjang dan pendek dengan baik.
Tempoh Pengajian
1 Tahun



Nama Kursus
TAJWID AL-QURAN
Pengenalan Kursus
Kursus ini membincangkan tentang pengenalan ilmu Tajwid, makhraj huruf, sifat huruf, hukum nun dan mim mati, waqf ibtida dan lain-lain. Perbincangan dalam kursus ini merangkumi:
1)      Penerangan terhadap ilmu tajwid mengikut topik yang telah disusun.
2)      Pembacaan al-Quran 30 juzuk secara amali mengikut riwayat Hafs bermula surah al-Fatihah hingga al-Nas.
Syarat Kemasukan
Boleh membaca al-Quran dengan lancar
Tempoh Pengajian
2 Tahun



Nama Kursus
PRA-SANAD
Pengenalan Kursus
Kursus ini menerangkan tentang bacaan qiraat ‘Asim merangkumi riwayat Hafs mengikut Toriq Syatibiyyah yang bertujuan untuk melancarkan bacaan sebagai pesediaan sebelum mengikuti kelas Talaqqi al-Quran Bersanad. Objektif kursus ini adalah:
1)      Melancarkan bacaan al-Quran dari awal hingga akhir berdasarkan riwayat Hafs secara talaqqi individu
2)      Menghabiskan bacaan al-Quran 30 juzuk secara bersemuka
Syarat Kemasukan
1)      Boleh membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid
2)      Lulus temuduga
Tempoh Pengajian
Fleksibel



Nama Kursus
TALAQQI AL-QURAN BERSANAD (RIWAYAT HAFS DAN SYU’BAH)
Pengenalan Kursus
Kursus ini menerangkan tentang bacaan Qiraat ‘Asim merangkumi riwayat Hafs dan Syu’bah mengikut Toriq Syatibiyyah. Perbincangan dalam kursus ini merangkumi:
1)   Penerangan terhadap semua khilaf yang berkait dengan riwayat Hafs dan Syu’bah.
2)    Pembacaan al-Quran 30 juzuk secara amali bermula surah al-Fatihah hingga al-Nas (mengikut riwayat Hafs dan Syu’bah).
3)    Sanad (salasilah bacaan al-Quran yang bersambung dengan Rasulullah SAW) akan dianugerahkan kepada peserta yang layak.
Syarat Kemasukan
1)      Boleh membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid
2)      Lulus temuduga
Tempoh Pengajian
2 Tahun



Nama Kursus
TALAQQI MATAN TAJWID
Pengenalan Kursus
Kursus ini menerangkan tentang kaedah pembelajaran berasaskan kepada matan-matan Tajwid seperti Matan al-Sakhawi, Matan Tuhfatul Athfal dan seumpamanya.
Syarat Kemasukan
Boleh membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid
Tempoh Pengajian
1 Tahun



Nama Kursus
QIRAAT IBN KATHIR
Pengenalan Kursus
Kursus ini menerangkan tentang bacaan riwayat Bazzi dan Qunbul mengikut Toriq al-Syatibiyyah. Perbincangan dalam kursus ini merangkumi:
1)  Penerangan terhadap semua topik yang berkait dengan manhaj Ibn Kathir.
2)     Kaedah susunan bacaan pada semua wajah mengikut Qiraat Ibn Kathir.
3)    Pembacaan al-Quran 30 juzuk secara amali bermula surah al-Fatihah hingga al-Nas.
Syarat Kemasukan
Sudah mengikuti Kelas Talaqqi Bersanad
Tempoh Pengajian
1 Tahun
Kaedah Pengajaran
1)     Penerangan manhaj Qiraat Ibnu Kathir.
2)     Bacaan al-Quran secara amali bermula juzuk 1 hingga 30.



Nama Kursus
BAHASA ARAB
Pengenalan Kursus
Kursus ini membincangkan tentang tatabahasa Arab, di samping pendedahan berkaitan empat kemahiran berbahasa Arab yang merangkumi kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bercakap. Tumpuan yang lebih diberikan terhadap kemahiran membaca dan bercakap. Perincian berkaitan kursus ini dijelaskan sebagaimana berikut:
1)  Setiap pertemuan akan dimulakan dengan pembelajaran tatabahasa Arab.
2) Kemudian para peserta kursus akan didedahkan dengan sedikit perbualan, merangkumi perbualan di tempat-tempat tertentu, berkaitan dengan peristiwa-peristiwa tertentu dan lain-lain lagi.
3)  Selepas itu, para peserta akan mempelajari beberapa perkataan atau rangkaikata dan maknanya yang terdapat dalam perbualan tersebut.
4)   Latihan disediakan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman para peserta. Latihan yang disediakan merangkumi tatabahasa Arab di dalam ayat-ayat bahasa Arab, pembinaan ayat dan latihan tatabahasa Arab berdasarkan ayat-ayat al-Quran.
Syarat Kemasukan
Mengenal huruf dan baris
Tempoh Pengajian
1 Tahun




Nama Kursus
HADITH 40 BERSANAD
Pengenalan Kursus
Objektif berkaitan kursus ini dijelaskan sebagaimana berikut:
1)   Memperkenalkan Kitab Hadith 40 karangan Imam Nawawi kepada masyarakat
2)      Menyebarkan ilmu Hadith kepada masyarakat
3)   Menggalakkan peserta untuk mempelajari kitab-kitab ulama’ secara bersanad.
Syarat Kemasukan
Minat untuk belajar
Tempoh Pengajian
1 Tahun



Nama Kursus
FIQH
Pengenalan Kursus
Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang hukum hakam berkaitan dengan asas fardhu ain. Objektif kursus ini dijelaskan sebagaimana berikut:
1)   Memperkenalkan ilmu Fiqh kepada masyarakat .
2)  Memberi kefahaman kepada pelajar tentang hukum hakam Fiqh.
Syarat Kemasukan
Minat untuk belajar
Tempoh Pengajian
1 Tahun



Nama Kursus
TAFSIR
Pengenalan Kursus
Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang Tafsir Juzuk 'Amma.
Objektif kursus ini dijelaskan sebagaimana berikut:
1)   Mendedahkan tafsiran ulama pada surah al Naba' hingga al Nas
Syarat Kemasukan
Minat untuk belajar
Tempoh Pengajian
1 Tahun

1 ulasan: